Coolllzz!!

Tuesday 24 May 2011

Diploma Eksekutif Pengurusan & Pendidikan Kanak-Kanak (EDECEM)

Ooooiiiiiiiiiiiiiii................... orang kampung... nie aku nak iklankan 1 peluang baeeekkkkkkkkkk punyer bagi umat2 yang berminat nak bukak taska dan tadika. MARA dengan penuh bangganyer, buat pertama kalinyer akan menganjurkan program EDECEM dengan kerjasama OUM, JKM, JPS.

Syarat-syarat kelayakan:
a) Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera
b) Berumur 21 hingga 45 tahun
c) SPM (3 kredit) dengan 3 tahun pengalaman bekerja / berniaga atau
d) STPM (2 prinsipal) dengan 2 tahun pengalaman bekerja / berniaga
e) Pemegang Diploma / Ijazah digalakkan memohon
f) Sihat tubuh badan dan disahkan oleh doktor perubatan bertauliah
g) Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang
h) Perlu lulus ujian keusahawanan

Kelebihan:
a) Pengajian secara 10 bulan meliputi teori & praktikal
b) Silibus program diiktiraf oleh JKM
c) Elaun sara hidup diberikan kepada yang layak

Kalu kamooo berminat, sila layari www.mara.gov.my untuk isi borang permohonan. Jangan lupa lak sertakan gambar berukuran pasport terbaru, salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan benar kepada:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur


Tarikh tutup : 31 Mei 2011

p/s : kalau kamooo nak info lanjut, email jer aku terus........adios..........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...