Coolllzz!!

Monday 31 October 2011

Ucapan Penghargaan.....

Dari tadi lagi aku cuber nak mengupdatekan blog, tapi tak sempat. Nie pon baru balek dari Shah Alam, ader taklimat kat sana. So sempena petang yang redup dan mendung nie first of all aku nak ucapkan berbanyak2 time kasih pada Muhammad Faris 'Azim yang menganjurkan Kempen Tingkatkan Jumlah Followers. Memang salute samer ini orang. Di atas kegeligaan otak beliaulah, jumlah followers aku dah bertambah. Kalau tak, asyik angka tue jer, nak update blog pun terasa amat malas.

Aku harap masa hadapan ader la lagi bloggers2 yang kreatif, anjurkan ape2 kempen yang boleh menambahkan bilangan followers. Yela bantu2 la bloggers kecil-kecilan cam aku nie hahaha. Kepada followers aku, time kasih la sebab sudi follow blog yang aku yang tak glamor nie. Korang memang terbaeekkkk........

Friday 28 October 2011

Check in di Tony Romas

Pergh, tak tergambar ngan kata-kata. Sesaper yang suke sangat makan, jom lepak kat Tony Romas. Steak dia (Ribs) memang superb. Gabak2 pulak tue. Memang kenyang tak terkata. Aku first time makan cni, tue pun member yang suggest. Mula tue agak keberatan la, bukan aper risau kalau tak sedap. Nak menapak ke Pavilion pun satu hal. ari Jumaat lak tue. Orang sebuk p solat Jumaat, kitorang buat rombongan Cik KIah ke Pavilion.

nie la appetizer nyer. Rupa lebih kurang crunchy pizza tapi yang ni penuh dengan daging and cheese

Ni suasana kat dalam Tony Romas. Kalu umi aku datang cni, konfem clear sawang tue

Nie la rupa steak tue. Pergh RM100 duit aku melayang. Janji best
Kalau ujung-ujung bulan makan kat cni, bengkok wei. Harga makanan kat cni memang tahap dewa, tapi bagi aku walaupun price agak mahal, tapi sedap, itu yang penting. Kalau mahal tapi tak sedap, memang aku tempek tulang steak tue kat waiter yang dok promote. Bagi korang yang nak cuba, memang berbaloi-baloi. Just perpare duit lebey sket la, kalo tak ada yang basuh pinggan kat blakang kedai tue huhuhu.....

Thursday 20 October 2011

Menu of the day-Subway

Sejak 2menjak nie aku suka sangat makan fast food. Dan ari nie telan lagi fast food. Menu kat subway for today is roasted chicken. Sedap dol, memang kenyang tahap badak air la. Aku nasihatkan kalau korang nak p makan kat subway, pastikan perut korang betul2 lapar. Sebabnyer sandwichnyer tebal dan besar gedabak. Memang tersandar kekenyangan la.

Lagi satu, sandwich subway nie memang berkhasiat, less fat, less cholesterol, and most important delicious. Dalam sebulan tue, mesti tergedik-gedik la nak p, kalau tak asyik teringat. Selain roasted chicken, meatball pun sedap. Better p cuba.....

Padat ngan sayur

Memang berbaloi-baloi

Wednesday 19 October 2011

Attention to all bloggers...

Gud news to all. Bagi yang penggemar burger cam aku, nie korang print jer voucher kat bawah nie, boleh dapat diskaun. Aku dah kenyang, so aku share la ngan korang. nak share burger tak dapat la, nanti aku lak yang tak cukup.

Jom serbu.......


Lagi pasal my boy - Raid Haziq

Umat bertuah nie dah 3 bulan. Dah mula nak meniarap dah pon. Makin dia besar, makin banyak kerenahnyer. Makin banyak plak cakapnyer.




Sekitar Halfest 2011 (12 - 16/10/2011)

Minggu lepas kat PWTC berlangsung la Halal Fiesta (Halfest) yang dianjurkan oleh MARA. Berduyun-duyun umat manusia yang datang. Apataknyer ader lebih kurang 700 booth yang dibuka sepanjang berlangsungnyer Halfest tue. Aku pun apelagi, menyemakkan diri la kat situ. Bukan aper pun, sengaja memenuhkan lantai kat situ hahaha.

Nie nak citer sikit. Orang ramai berduyun kat sana bukan apa pun, salah satu sebabnyer ada artis2 jemputan cam Siti Nurhaliza, Awie, Ziana Zain, Serina, Aisyah dan ramai lagi la. Siti siap bukak booth kat sana promote product Simply Siti. Ada discount lagi.

Selain tue, ada product testing. Aku kalau bab tue, paling suka. Berkali2 aku test Ice cream (Ice Room) kat situ, sodap siot. Aiskrim Boboi Boy pun ader, memang layan habis, pas menelan aiskrim, melantak kuih muih plak, pastue kek and pastri. Memang kenyang la, senang citer. Tapi product testing nie first day jer la, the following day kuarkan duit sendirik la plak.

Dekat situ, booth pameran terbahagi 3, iaitu Hall 1, Hall 2, Hall 3. Setiap hall punyer la luas, tak larat nak jalan. Sampai sakit kaki aku dibuatnyer. Macam2 ada (Macam iklan Astro la plak hehe), sampaikan naik pening aku tengok. tapi kan biler sampai booth yang jual produk makanan, mata terus terbukak luas haha. Memang kaki lantak pon...

Time mula2 sampai, termengah2 lagi nie
Ramai sangat orang dok kerumun die, dapat ambik gambar jauh jer, jadik la kan

Sajer menyemak kat tepi dinding


Tak dapat nak bergambar ngan artis pujaan, posing ngan gambar pon jadik...


Tuesday 18 October 2011

i'm in lurve..

hahaha gedik tak bunyinyer. Mesti korang tertanya2 kan. Sekali dengar cam nak lempang jer. Bukan la, aku sebenarnyer dah terminat kat seseorang. Walau pun perkara nie agak mustahil, apatah lagi nak berjodoh-jodohan (betul ke x bahasa aku nie??). Tapi dah memang minat nak buat camner...

Ari tue tetiber jer rajin nak melayan movie. Tengah dok tengah fokus, maka terpandangla wajah ini dan dengan otomatiknyer terjatuh cinta. (Cinta pandang pertama kot). Walau pun movie yang aku bukannyer baru, tapi aku suka tengok disebabkan gaya tarian dalam movie nie. Ala citer STEP UP tue. Mamat hero tue hensem giler. Kalau tak silap aku namanyer Rick Malambri. I like...







Thursday 13 October 2011

Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah, Wajah Hitam Kacang Soya!

Renungan Bersama





Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi
kita telah dipalingkan daripada pemakanan
sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya
kita disogokkan oleh musuh Islam dengan
matlamat untuk melariskan barangan mereka.





Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang
mengandungi nutrien penting dan protein, tapi
kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya
mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya.
Terutama sekali untuk kaum wanita.



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan
saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di
kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam
kandungan dan kanak-kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita).
Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan
seksual / sexual development (mungkin
mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).



FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk
mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia ( 1 ) yang mengagumkan, dan
susunan yang paling menarik ialah satu
chemical bernama isoflavone ( 2 ).



( 1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)



( 2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom
menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)



Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat
diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas
menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam
dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain,
kacang soya yang tidak menjalani proses
penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai
untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan
tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh
untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini
sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan
asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama
'phytic acid ( 3 )' yang merupakan satu
bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan
ini dalam kacang soya adalah lebih
berbanding kekacang lain.



( 3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti
magnesium, kalsium, zat besi dan zink.
Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak
mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan
mineral-mineral tersebut dalam badan.)



Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin ( 4 ) dan perencat
tripsin yang merencatkan pertumbuhan
manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang
soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .



(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan
sekuel-sekuel nya)



Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian
perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.



Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil
susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa
menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia
bukanlah sebaik yang disangka.



Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University,
Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik
kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan
yang berbahaya.



Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang
bertindak sebagai hormone estrogen dalam
kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.



Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen
yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita
dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih
cepat dari kadar yang sepatutnya.



FAKTA : Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam
phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah
bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!



FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya
serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan,
untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang
menyebabkan kanser tiroid.



Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan
cara pemakanan.



MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT



Wallahu a'lam



Ustaz Hashim Al-Maranji

Tuesday 11 October 2011

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu





Monday 10 October 2011

Hari Jalinan Mesra BPU & BPIP

Minggu lepas 17/10/2011, kat opis aku buat jamuan makan2. Sebenarnyer nak buat jamuan raya, tetapi memandangkan tarikh dah tersasar jauh, maka jadilah Hari Jalinan Mesra antara Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan Bahagian Pembangunan Industri & Perniagaan (BPIP). Banyak gak la aku sumbat, sampai dah tak terdaya nak makan.

Antara menu2nya

Sate nie sodap betoi

Lagi gambar sate, hahaha

2 mak budak, 1 anak dara

Bergedik2 di bilik bos

Seronok dapat makan

Lagi seronok dapat hadiah...korang ader?

Masing2 kontrol, letih aku tengok

Makan, Makan, Makan

Lagi aksi gedik kat dalam bilik bos

CC yang terbaeeekkk

Inilah cameraman yang baru dilantik hahaha
Kalau bos aku tahu aku sentuh laptop, pastu bantai dok kerusi dia, mampuihh




Kalau kerja asyik design jer, cenggini la rupanyer


Totally makeover....

Header lama

Header baru

At last aku dah tukar header aku. Setelah sekian lama nak tukar, tapi tak gak tukar2, hari nie dengan penuh riak aku ubah semua. Walaupun fav color aku hijau, tapi tak salah kalo aku tukar warna terang sikit kan? Sekarang ni aku ingat nak ubah pengisian blog jugak. Aku nak yang santai n berinformasi.

Walaupun aku terpaksa mengaku header tue tak la gempak maner pun dan tak la cantik macam header blog Cik Epal yang lip lap lip lap, tapi aku tak kisah. Janji aku tukar. Bosan gak kepala otak tengok kaler yang samer jer. Harap2 korang suker la ek. Kalo ader yang nak komen, silakan. Adios.....

Friday 7 October 2011

Bacalah..... .sbg PERINGATAN kita bersama... (part 2)


Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari
kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan
adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.
 
Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.
Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan
mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan
sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali.
Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan
saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang..
Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak
tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di
tanah
perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang
laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang
Mesir.

Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya
yang
menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata
padanya,"
Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu
akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan
kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke
belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk,
kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi
dengan
jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan,
melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti
seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari
arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan.Dengan
langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian
yang
diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh
wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana
terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan
Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan
meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah
dilakukan
oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan,
apa
yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu
meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun
dengan
sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan
hilang.

Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama
itu,
bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa,
semakin
hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan
ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun
perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh
Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita
semua. Wang $50.
00 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke
kotak
derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45
minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu
itu
untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga
tetapi
tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.

Bacalah..... .sbg PERINGATAN kita bersama... (part 1)

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan
nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang
dengan dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya
sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan
thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan
Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya
Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu,
lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi
berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia
terdiam.
Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh
anaknya.


Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah
ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak
mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia
mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya.. Beberapa minit yang
lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki
Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak
yang
sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah.. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap
rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala
kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.


Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang
sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan
menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali
membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
kepadanya.
Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali
dibutakan
didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat
Ka'bah.
Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.
Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu
berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis
fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan
Ka'bah..
Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu
normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga
mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya,
sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk
dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim
ulama,
yang dapat membantu permasalahannya.
Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal
kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat).. Tanpa
kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia
pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu
mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu
menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah
kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi
tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon
ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah
suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali,
mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa
lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap
terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. . "Anda
harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah
senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian
dia
meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi
ulama
itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah
menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat
di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.

"Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong
ulama itu.


"Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut.. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana..... " sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana
tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang
menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan,
dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah
"Astagfirullah. ....." betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga
yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah
tidak
tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.
Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam
masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh
dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat. 
 


"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa
banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada
tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?
"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."
"tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud
menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas
sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan
tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan
benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya
memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan
lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti
terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya
dalam-dalam. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah.

"Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak dapat
bantu anda. Saya angkat tangan"Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui
perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang
manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega,
begitu keji.
Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun
kepada
Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."


Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian
ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia
mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah
telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. . Ia berharap Allah
akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang
kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
keluarga Hasan di Mesir.

Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan
khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah
meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu
terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan
?". tanya ulama itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...