Coolllzz!!

Wednesday 30 November 2011

Perkahwinan Musa Hassan Dengan Artis Syella Kamaruddin


NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan artis Syella Kamaruddin dalam satu upacara "Wedding of The Year"

Perkahwinan ini adalah yang termahal
dianggarkan menelan belanja perkahwinan dan hantaran sehingga khabarnya mencecah RM 15 juta.


Syella menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Baju perkahwinannya menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya.

Penyanyi yang pernah merakamkan lagu 'Menangis dalam Hujan' ini agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya.


Kiranya selepas ini, Syella tidak perlu lagi menangis hatta di dalam hujan sekalipun. Kehidupan yang ternyata sangat mewah disamping bekas penjawat awam yang cukup terkenal, sememangnya menjadi idaman ramai anak gadis diluar sana.

Semoga perkahwinan termahal dalam sejarah Malaysia
ini kekal abadi ke akhir hayat.

Tuesday 29 November 2011

Menu of the Day : Subway's Meatball

Aku kalau seminggu tak citer tang makan memang tak sah. Tadi membaham meatball kat Subway. Dan macam biasa la biler dah kenyang, jadik la malas nak gerak, apatah lagi buat keje. Dalam banyak2 menu kat Subway, aku paling suka meatball, memang sedap la. Kali nie roti aku pilih jenis yang Hearty Italian, biasanya ambik Honey Oat. Sedap gak rotinyer, crunchy


Tuesday 22 November 2011

PROMOSI TERMURAH KELUAR NEGARA 2012 - TERHAD!! DARI KST TOURS

Pada sesaper yang suka sangat melancong, aku nak share something ngan korang semua.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
PROMOSI RANCANG CUTI AWAL 2012 !!!
KINI PAKEJ TERMURAH DIMALAYSIA DARI KAMI KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS!! SEATS PROMOSI ADALAH TERHAD !!! JOM DAFTAR SEGERA!!!

ALL IN FULL BOARD
(PROMOSI HANYA 10 HARI SAHAJA )


PAKEJ PROMOSI PERCUTIAN / CUTI SEKOLAH ( FULL PAKEJ ) 2011/2012
CHINA TIANJIN BEIJING: RM1899
CHINA (6D 5N)
JAN – FEB 2012
HARGA PROMOSI  : RM1899
4 - 8 JAN 2012 ( 5D 4N ) 6 - 11 JAN 2012 ( 6D 5N ) 13 - 18 JAN 2012 ( 6D 5N )  25 JAN 2012 (6D 5N) 03- 08 FEB 2012 ( 6D 5N )  4- 10 FEB 2012 ( 7D 6D ) 13 - 18 FEB 2012 (6D 5N)
CHINA (6D 5N)
MAC – APRIL 2012
HARGA PROMOSI : RM1899
12 – 17 MAC 2012 ( 6D 5N )  11-16 MAC 2012 (6D 5N)
CHINA ( 6D 5N )
MAY –JUN 2012
HARGA PROMOSI : RM1899
18 -23 MAY 2012( 6D 5N ) 26 -31 MAY (6D 5N ) 28  MAY  - 2 JUN 2012 (6D 5N )    01 -06 JUN 2012 ( 6D 5N )  04 – 09 JUN 2012 ( 6D 5N )
CHINA (6D 5N)
NOV – DES 2012
HARGA PROMOSI : RM1899
12-17 NOV 2012 (6D 5N) 15 – 20 NOV 2012 ( 6D 5N ) 18-23 NOV 2012 (6D 5N) 21 -26 NOV 2012 ( 6D 5N)  26 -31 NOV 2012 ( 6D 5N ) 28 NOV – 2DES 2012 (6D 5N)  1 -6 DES 2012 ( 6D 5N) 5-10 DES 2012 ( 6D 5N)           8 -13 DES 2012 (6D 5N)  15 -20 DES 2012 (6D 5N) 18-23 DES 2012 ( 6D 5N) 25-30 DES 2012 (6D 5N)
Sekiranya anda mempunyai tarikh percutian anda tersendiri sila maklumkan kepada kami Inshaallah kami akan cuba membantu memberikan harga yang termurah.
PAKEJ PROMOSI PERCUTIAN / CUTI SEKOLAH ( FULL PAKEJ ) 2011/2012
KOREA : RM2999
KOREA  (5D 4N )
DES 2011 -  DES 2012
HARGA PROMOSI : RM2999
1- 5 DES 2011 (5D 4N) 10 -14 DES 2011 (5D 4N) 21 - 25 DES 2011(5D 4N) 28 MAY -1 JUN 2012 (5D 4N) 2 -6 JUN 2012 (5D 4N) 1-5 DES 2012 (5D 4N)  8-12 DES 2012(5D 4N) 11-15 DES 2012 (5D 4N) 19 -28 DES 2012 (5D 4N)
Sekiranya anda mempunyai tarikh percutian anda tersendiri sila maklumkan kepada kami Inshaallah kami akan cuba membantu memberikan harga yang termurah.
PAKEJ PROMOSI PERCUTIAN / CUTI SEKOLAH ( FULL PAKEJ ) 2011/2012
EROPAH : RM8575 – RM9999
KEMBARA LONDON & ANDALUSIA (10D)
London – Malaga – Granada – Cardoba – Gibraltar – Malaga – London
08 April – 17 April 2012
RM859
KEMBARA LONDON & JELAJAH EROPAH ( 13D ) 5 NEGARA
London – Netherland – Belgium - Switzerland – France – London
08 Mac   –  20 Mac 2012  /  29 Mac    - 10 April 2012 / 26 April  -  08 May 2012 /                                     23 Ogos  –  04 Sept 2012
RM8899
KEMBARA LONDON & MENAKLUK EROPAH (19D/20D ) 8 NEGARA
London–Netherland– Germany – Austria – Italy-Vatican city– Switzerland –France – London
24 May – 12 June 2012 / 14 June  –  03 July  2012 /  05 July   -  24 July 2012  06 Sept – 25 Sept 2012
RM9999
PAKEJ PROMOSI PERCUTIAN / CUTI SEKOLAH ( FULL PAKEJ ) 2011/2012
EGYPT 10D 9N/11D 10N : RM4999
EGYPT 10D 9N
DES 2011 – DES 2012
HARGA PROMOSI : RM4999
Berminat jelajah bumi ambia'.
2-11 DES 2011 / 6 – 15 DES 2011 /  5 – 14 DES 2011 / 21 – 26 JAN 2011
28 MAY -6 JUN 2012 /30 MAY -8 JUN 2012
20 – 30 NOV 2012 / 1-10 DES 2012 /11-19 DES 2012/19 -28 DES 2012
RM4999
Sekiranya anda mempunyai tarikh percutian anda tersendiri sila maklumkan kepada kami Inshaallah kami akan cuba membantu memberikan harga yang termurah. ( MIN 2 PAX )
INGIN MENDAPATKAN TIKET AIRASIA PROMOSI
BOOK NOW – 31 DESEMBER 2011 – FLY ANYTIME JAN – DES 2012
UK-MSIA – UK / MSIA – UK – MSIA
HARGA  RM2999
( RETURN –MEALS – 15KG -TAX )
Berminat sila Hubungi :
US MUHAMMAD AL– FADZIL : 013 29 88 303

Monday 21 November 2011

Thank u Nuffnang....

Sempena Birthday aku yang tak berapa hari lagi, Nuffnang buat surprise bagi aku 4 tiket wayang. Boleh tonton mana2 wayang at TGV Cinemas. Tapi memandangkan aku susah nak bawak si kecik tue, jadi aku bagi tiket tue kat member ofis. Kat bawah nie email Nuffnang yang aku terima. Anyway, Thank U Nuffnang....


Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!
As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)


Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)


*Terms and conditions apply.


Cheers,
Anne Cheah
Community Executive
Nuffnang Sdn. Bhd.

Biler kepala dah toink... toinkkk....

Adoiii... peningnyer kepala. Mood bekerja ari nie very bad sebab tak cukup tido. Si raid demam + batuk + selesema (pakej lengkap). Biler dah tak sihat, dia mula la buat perangai. Semalam tido setengah jam jer, sebab dia asyik merengek. Kepala aku pun rasa cam senget sikit...

Semalam bergilir la aku n Mr. Husband jaga dia. Memang tak tahan dengar dia asyik nangis jer, tapi kami pun tak tau nak buat aper. Disebabkan semalam aku dah pon bercuti, maka ari ni Mr. Husband punyer giliran la plak. Kalau esok dia still lagi tak ok, maka aku la pulak yang kena cuti.

Umi aku cakap, memang macam tue la biler dah ader baby, jap dia ok, jap dia sakit. Sebab tue nak jaga baby bukan senang, memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi kami yang tak pernah ader pengalaman nie, biler demam jer mula la kami nie kelam kabut. Sabo jer la... Dengan keadaan dia yag tak sihat tue, aku tak berapa yakin nak p antar ke rumah pengasuh, tak sampai hati. Kesian sungguh tengok, lemah jer badannyer. Harap2 esok dia sihat la. Amin.....

Sunday 13 November 2011

Cucur Jagung - hubby hand made

Hujung minggu ari tue, tengah dok sibuk melayan anak, tetiba jer Mr. Husband cakap nak buat cucur. Aku tak kisah la, lagipun selama nie dah biasa beli tepung cucur segera, balik bancuh n goreng. Tak sampai 10 minit dah siap. Tapi tak sangka plak, dia buat cucur jagung, buat sendiri lak tue. Aku bukan nak pujik la, tapi kalau umat tue yang buat memang superb. Lagi satu, aku suka tul kalau dia buat burger, memang sedap.

Tang cucur tadi, punyer la bersemangatnyer, siap p pasar beli jagung fresh. Memang adunan sumer dia yang prepare la, aku nanti ngapp jer. Sedap sangat, terasa jagung n ikan bilisnyer. Boleh la mintak dia buat lagi hahaha (Tak tau la pulak selama nie dia pandai buat cucur haha).... Anyway tq..

Walau nampak kurang menarik, tapi sedap. berketul-ketul jagungnyer

Part aku buat air jer la, tue pun bancuh 3 in 1, cepat siap......

Thursday 10 November 2011

Family Day lalalala.......

19 November (Sabtu depan) ofis aku anjurkan family day kat Kalumpang (area Tanjung Malim). So tengah2 dok lepak kat belakang, aku usha la akak2 yang tengah dok sibok buat preparation.

ni hadiah untuk game kanak2. bestnyer, geram aku tengok

ni lagi hadiahnyer. Naik buntang bijik mata, rasa nak bawak balik sumer





Gambar gedik ngan fav kartun aku muahahaha.....


Walau pun aku beria2, tapi aku tak p pon Family Day tue sebab kena balik kampung ader kenduri........
























Wednesday 9 November 2011

Menu of the Day : Nasi Daun Pisang

Sesaper yang dok area Bangsar, aku nak promote satu restoran yang menghidangkan nasik daun pisang, Restoran Sri Nirwana Maju kat Bangsar Village. Aku bukan nak cakap ler, tapi sedap dol. Harga murah, banyak dan sedap. Memang puas hati la...


Ni la rupa nasik daun pisang tue. Yang bestnyer, nasik boleh ditambah. Aku cukup suka peria (yang kaler merah) tue, tak pahit langsung, crunchy lagi
Kat cni, korang bleh pilih nak lauk aper, whether sotong, ayam or ikan. aku prefer sotong n ayam. walaupun sotongnyer gabak, tapi tak liat. I like.....


dan




kuar je dari restoran, aku ternampak benda yang aku pantang nampak. BR aiskrim.... apa lagi sebat la satu. Memang terbaaeeekkkkk..........




Kesimpulannyer, aku masuk ofis ngan perot yang membulat kekenyangan, mata yang tak mampu di bukak n hidung yang kembang kempis menahan mengantuk.....

Monday 7 November 2011

Segmen | Tingkatkan Trafik, Tambahkan Follower, Ramaikan Pembaca

Dah tak der aper2 nak buat, aku ingat nak join segmen nie la.





tamat pada 11-11-2011 pada jam 11 pagi


Friday 4 November 2011

TABURKANLAH BAKTI ANDA PADA IBU DAN BAPA……….

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :


" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!



Thursday 3 November 2011

PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500

Memandangkan follower aku memang sikit (usahkan 500, 50 pon tak sampai) aku pun join gak la...


Nak join??? Klik banner kat atas

Tarikh Tutup : 11 November 2011, jam 2 petang

Wednesday 2 November 2011

Contest Anakku Berfotogenik

jom join....



nak join klik banner kat atas

Tarikh tutup : 11/11/2011

Nama baby : Raid Haziq
Umur : 3 bulan
Nama ibu : Noor Hanani

Nak tag :
Izzati
mass's touch

Cukuplah Allah bagiku...jangan bersedih lagi... ‏

Tazkirah di awal pagi....

Suatu hari, seorang arab Badwi datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai Rasulullah, adakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat bermunajat kepadaNya? Atau Tuhan itu jauh sehingga kami perlu menyeru kepadaNya?" Rasul terdiam hingga turunlah jawapan terus dari Allah swt berkenaan pertanyaan Badwi tadi…

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqarah ayat 186)

Berpergang teguhlah dengan janji Allah ini, kerana tiada yang paling setia dengan janjinya melainkan Allah semata-mata. Allah memberikan baik dan buruk sesuatu perkara hanya atas tiga perkara:
1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.
2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.
3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.
Tetapi, asal ketiga-tiga yang di atas itu adalah kerana Dia Maha Menyayangi kita sehinggakan bila kita terlupa atau sengaja lupakan Dia, tidak diazabnya kita terus serta merta. Bahkan Dia berikan sedikit cubaan, supaya kita ingat kembali padaNya. Supaya kita rasakan kembali kasihNya yang melimpah-limpah, supaya kita lembut hati untuk berkasih padaNya, dan supaya kita kembali ke pangkuanNya.

Hanya Dia sahaja tempat pergantungan kita. Selama mana kita bergelar hamba kepadaNya, selagi itulah kita bergantung seratus peratus kepadaNya. Dia menjanjikan kebahagiaan dengan segala ketenangan, ketenteraman, kekuatan, kebenaran, kemuliaan dan kesucian diri apabila manusia mendekatiNya. Dia Maha Menyayangi hamba-hambaNya, walau pun jelas keingkaran hambaNya. Dia tidak pernah memungkiri janji-janjiNya. Dia menawarkan kasihNya di mana sahaja kita perlukan. Dia menawarkan kasihNya bila saja kita dambakan. Dan Dia menawarkan kasihNya atas apa sebab sekali pun kita pohonkan.

Oleh itu, Kenapa perlu berputus harap padaNya. Sedangkan Dia tidak pernah memandang kita dengan pandangan kebencian? Kenapa perlu merintih pada ketentuanNya sekira Dia menawarkan kebahagiaan yang sangat besar di hujung perjalanan? Kenapa perlu ragu-ragu padaNya yang tidak pernah memungkiri janjiNya kepada kita? Tanda kasihNya sentiasa ada di dalam hati kita. Rujuklah kembali kepada ayat-ayat kasihNya yang diturunkan kepada kita, nescaya di sana ada janji setiaNya untuk kita…

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar ayat 53)

Ujian yang datang dariNya, terimalah dengan hati yang tenang. Berpautlah pada tali cintaNya dengan sekuat-kuat pautan, nescaya kita tidak akan terhempas dipukul badai dunia. Pandanglah sesuatu ujian itu dengan pandangan Allah. Letaklah Allah di hadapan kita dalam melalui sesuatu musibah, nescaya Allah meletakkan kita di hadapanNya, nescaya Allah memandang kita selamanya dengan pandangan kasihNya, nescaya Allah sejukkan hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, dan diterangi jalan hidup kita dunia dan akhirat dengan Nur kekuatanNya.
Tidak ada gunanya kita mengadu dan bersedih hati, bila kita diuji Allah. Kerana orang-orang yang beriman hanya bersedih bila Allah tidak memandangnya lagi, selagi ada pandangan Allah pada kita, maka syukurilah dengan ujian itu. Tanda Dia amat mengambil berat akan hal kehidupan kita. Tidak bermakna hilang kasih manusia itu, hilang selamanya. Mungkin ada kasih yang lebih hebat menanti di hari muka, yang kita tidak pernah bayangkan di mata dan tidak pula pernah kita kecapinya di hati.

Sebaliknya, dekatilah Allah sedekat-dekatnya. Kasihilah Allah sedalam-dalamnya. BERBUALLAH DENGAN ALLAH selalu. Bermunajatlah kepadaNya selalu. Mengadulah masalah kita padaNya selalu. Mintalah kasihNya selalu. Nescaya Dia akan sentiasa dekat pada kita. Dia akan sentiasa kasih pada kita. Dia akan selalu berbual dengan kita. Dia akan selalu mendengar munajat kita. Dia akan selalu berkongsi masalah kita. Dan yang paling penting, Dia akan sentiasa meletakkan kita sebagai hambaNya yang mulia di sisiNya.

Apalah harga dunia jika ditimbangkan dengan setitik kasih sayang Allah. Hilang nikmat dunia bila datang setitis rahmat Allah. Lebur seluruh dunia, tenggelam dalam cinta Allah. Bila manusia sudah benar-benar teguh bersama Allah, perjalanannya sentiasa tenang dan damai, hatinya sentiasa terpaut pada Allah. Kasihilah Allah sepenuh hatimu, tumpahkanlah cintamu kepadaNya seikhlas mungkin, dekatilah Allah sedekat mungkin dan cintailah Allah sehalus mungkin. Nescaya hadir nanti insan yang mendekatimu kerana kelimpahan kasihmu pada Allah, kerana keikhlasan cintamu pada Allah, kerana dekatnya dirimu dengan Allah.. ketika itu dirimu akan menjadi perantara tumpahnya kasih Allah padanya...
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (Surah Maryam ayat 19).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...