Coolllzz!!

Wednesday 23 May 2012

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kam...pung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Hahahaha...... sapa terkena... jangan marah... :-)

Monday 21 May 2012

10 Bulan Daaaa.......

Si Raid nie dah genap 10 bulan, perangai makin menjadi2. Langsung tak nak dok dalam walker, kerjanyer tolak kerusi sana sini. Segala benda nak dicapai, naik poning kepala aku. Sekarang nie dah boleh menapak 3,4 langkah. Memang tak sabo tunggu dia jalan. Bukan aper, aku dah tak larat nak dukung, berat la badan dia semangat.

Semalam Raid demam, asyik nak melekat ngan aku jer, tak nak p kat papa dia. Lagi poning kepalo, nak buat aper pon tak leh. Macam2....

Makin besar makin ketara muker ciner

Muker bosan. Abaikan keadaan bersepah kat belakang tue, baru pindah kemas barang pon tak settle lagi

Suker sangat buat muker blurrrr

Macam la hensem sangat

Thursday 17 May 2012

Kuliah Jumaat : Hukum Mempercayai Bomoh

Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan ditanya mengenai sesuatu maka tidak diterima solatnya selama 40 hari (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. "Tukang nujum atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar."

Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Hadis riwayat Ahmad)

Kami telah muliakan manusia itu dengan memberi rezeki kenderaan di darat dan di laut dan dengan memberikan rezeki yang baik dan Kami telah lebihkan dia daripada makhluk-makhluk yang lain (Surah al-Isra’ : 70)

Apabila kita dirasuk oleh syaitan ataupun jin maka hendaklah kita mengubatinya dengan cara yang menurut oleh syarak. Memohon pertolongan tukang sihir adalah haram dan boleh menyebabkan akidah kita menjadi rosak dan syahadah menjadi gugur akibat kembali kepada mereka yang memuja jin atau syaitan dalam apa cara sekalipun (Ismail Kamus, 2006).

Dalam menelusuri kehidupan kita seharian, kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan jin, syaitan dan sihir melalui amalan-amalan di bawah:

  • Sentiasa berzikir kepada Allah.
  • Apabila menuang air panas, sebutlah nama Allah atau membaca istia’zah dan basmallah.
  • Jangan menuang air panas ke dalam tandas kerana itu tempat jin dan syaitan.
  • Apabila masuk ke bilik yang gelap, bacalah Basmalah.
  • Apabila membaling sesuatu yang berat ke bumi, sebutlah basmalah.
  • Apabila terjun dari tempat tinggi, sebutlah basmalah.
  • Jangan buang air kecil di dalam lubang.
  • Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur seorang diri hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.
  • Jangan menyakiti kucing dan anjing.
  • Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah dihalau sebanyak 3 kali.
  • Jangan berjalan seorang diri di hutan.
  • Mengamalkan surah al-ikhlas, al-falaq, al-nas dan ayat kursi.
  • Hidupkan suasana Al-Quran di rumah.
  • Menyebut zikir La ilahaillallah 100 kali sehari.
  • Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119, surah Taha : 69.
  • Makan buah tamar.
InsyAllah, dengan izin Allah SWT, kita akan dilindungi daripada gangguan2 tersebut. Sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar kita sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama menunaikan amalan2 yang diperintahNya.

Monday 14 May 2012

Panduan Memilih Cincin....

Tak lamer lagi cuti sekolah, time nie la ramai orang nak tunang la, nak kawin la, harap2 jangan ramai bercerai berai dah ler. Kat bawah nie ader panduan memilih cincin tak kira la cincin tunang ker kawin...... layannnn......


1. Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.

2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.

3. Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.

4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.

5. Selalu bakal pengantin akan memilih berlian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.

6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anda. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.

7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesuai.


Thursday 10 May 2012

Kuliah Jumaat : Berwudhu' dengan Betul

  • Yang praktis dan mencukupi
  • Yang sebaik-baiknya
  • Hikmah-hikmahnya
Cara atau jalan untuk membina mental dan rohani sungguh banyak sekali. Jalan yang pasti ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengekalkannya yang disebut sebagai ibadah. Salah satu mata rantai ibadah itu adalah Wudhu'.
Kegunaan Air Wudhu
  • Untuk segala macam solat hukumnya wajib.
  • Untuk Thawaf di Ka'bah, thawaf apa saja, hukumnya wajib.
  • Sewaktu hendak membaca Al-Qur'an hukumnya sunnat
  • Sewaktu hendak tidur atau lain-lain perbuatan yang baik, hukumnya sunnat
Alat Yang Dipakai
Alat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan, Air Sumur, Air Sungai, Air Laut, Air dari mata Air, Air Telaga, Air Danau, Air Ais, Air Ledeng.
Cara-caranya
Berniat dalam hati bahawa berwudhu' untuk..., lalu:
  • Membasuh muka dengan air (cukup sekali asalkan merata ke seluruh muka)
  • Basuhlan tangan hingga sampai dengan kedua siku (cukup sekali asal merata).
  • Sapulah sebahagian kepala, cukup sekali saja
  • Basuhlan kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (cukup sekali asal merata).
Bila dikerjakan seperti di atas, maka wudhu' sudah sah.
Berwudhu' yang lebih sempurna
Bila ingin berwudhu' lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai berikut:
1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim...
2. Menghadaplah kearah kiblat
3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.
4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan      
    yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-
    jari.
5. Berkumur-kumur.
6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).
7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap.
8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan.
9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).
10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'
11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu
      putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).
12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.
13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci.
14. Lakukanlah solat sunnat wudhu' dua raka'at.


Hal-hal yang Membatalkan Wudhu'
1. Keluar sesuatu dari "dua pintu" belakang seperti buang angin (kentut), buang air besar atau kecil, haid
    atau nifas, dan sebaganya.
2. Hilang akal (kerana sakit, mabuk, gila dan sebagainya) .
3. Bersetubuh.


Pengalaman yang Sukar Untuk Dilupakan (PART 11)

Dekat ofis kebanyakan member dah tau tang masalah aku nie. Yer la saper tahan, dah la badan penat dengan tido tak cukup, anak plak asyik buat nangis takutkan sesuatu. Biler aku citer kat salah sorang member aku tue, dia ader suggestkan bapak mertua dia. Dia cakap la bapak mertua dia boleh la usaha tengok apa yang patut, semua terserah pada Allah, yang penting kiter kena usaha.

Maka malam tue jugak selepas solat maghrib, kitorang bertolak ke Batu Caves nak jemput pakcik tue. Mungkin Allah nak tolong agaknyer, perjalanan ke rumah pakcik lancar jer. Biasanya kalau ikut pengalaman, kalau p tempat yang kami tak biasa confirm sesat la. Mau tawaf berkali2. Tapi Alhamdulillah senang jer kami jumpa umah. Sepanjang perjalanan, anak aku asyik dok pandang kat seat belakang, tak tau dia nampak aper. Bila pakcik tue masuk jer keta, anak aku start merengek. Yang tak tahannyer tetiber jer, dia bangun tegak, menangis ngan kuat. Pakcik tue terus peluk anak aku, bacer ayat2 Quran. Lagi kuat budak tue menangis, tapi lamer2 makin perlahan. Biler aku ambik anak dari pakcik tue, dia terus tido.

Apa yang buat aku meremang bulu roma, pakcik tue bagitau biler aku call cakap dah sampai kat umah tadi, rupanyer benda tue dah naik atas umah cari bilik pakcik tue. Cuber korang bayangkan, pak cik tue tinggal kat apartment, tingkat 8 lak tue. Macam maner benda tue boleh tau maner satu rumah and bilik pakcik tue. Masa tue pakcik baru lepas solat, pintu bilik memang terkunci. Tetiber jer pintu bilik boleh terbukak luas. Pakcik tue sendiri mengaku memang pelik, tak tau apa jenis benda tue sebab tak pernah ader pengalaman macam nie.

Sampai jer umah aku, pakcik terus duduk ruang tamu, bacer ayat Quran. Dia juugak ajar beberapa ayat yang kami perlu amalkan. Seluruh sudut dan bilik pak cik tue pagar dan sepanjang pakcik ader kat umah anak aku elok jer. Lepas semua selesai, pak cik tue pesan supaya sentiasa amalkan ayat kursi dan beberapa surah yang kami ambik dari dia. Alhamdulillah, malam tue anak aku tak der la melalak, rasa macam lamer sikit tido.

Esoknyer sebab nak tau citer lanjut, aku call member. Manala tau kot2 bapak mertua dia ader citer kat member aku. Menurut member aku, sepanjang kitorang p Batu Caves nak jemput bapak mertua dia, benda tue ader ikut sekali, masa nak ke rumah aku tue pon benda tue ikut balik. Sebaik jer jejak kaki masuk ke dalam umah, benda tue masuk sekali. Biler aku tanya aper sebenarnya benda tue, member aku cakap bapak dia bagitau tak nampak dengan jelas. Tak tau ruper tapi memang ader. Benda tue plak pandai, sepanjang pakcik ader kat umah, dia tak kacau anak aku. Macam tau2 orang datang nak ubatkan anak aku, jadik anak aku tak la buat hal. Kawan aku kater, biler bapak mertua mintak benda tue kuar dari umah, dia setuju kuar ngan cara baik. Jadik tak perlu la berkeras.

Alhamdulillah, semalam anak aku tido nyenyak sampai pagi. Tak buat hal, tak melalak. Aku syukur sangat2, rasa lega yang amat. Insyaallah, lepas jer kemas rumah tue nanti, kami nak panggil ahli surau dan masjid berdekatan buat solat hajat dan bacer yasin kat umah tue. Moga semua selamat.

p/s     Peringatan bagi yang baru nak pindah umah ker, baru nak dok umah baru ker, sebelum duduk kat dalam umah tue, sekeliling umah kena samak dan pagar dulu. Check kat syiling, atas pintu atau kat maner2 sudut kot2 ader benda2 yang tak sepatutnyer. Paling penting jangan tinggal solat, dan kalu boleh penuhkan rumah dengan bacaan al-quran. Kalau tak mampu, pasang cd2 quran, bacaan surah2. Insyaallah, semua selamat....

Wednesday 9 May 2012

Pengalaman yang Sukar Untuk Dilupakan (PART 1)

Aku nak share something ngan korang. Selama nie asyik dok dengar citer orang tapi biler dah alami sendiri baru la aku percaya yang memang benda tue ada. Minggu lepas aku pindah umah, sebelum nie dok apartment kat Sri Kembangan. Memandangkan En. Suami ditukarkan ke KL, terpaksa la pindah nak lebih jimat. So kitorang setuju nak pindah dok kuarters. Sebab utamanyer pengasuh anak aku kat tingkat atas, kitorang kat tingkat bawah. Anak aku susah nak ngam ngan orang, nie pon pengasuh yang keempat dah.

Nak dijadikan citer, rumah yang kitorang dok tue sebelum nie dah 4-5 bulan kosong. Penghuni sebelum nie berpencen. Keadaan rumah memang agak teruk, tapi kitorang dah decide nak cat semula, pasang tikar, letak karpet biar elok sikit. So biler semua dah settle, tak nampak la teruk sangat. Aku suka umah sekarang sebab playground betul2 kat belakang umah, anak aku boleh tengok budak2 lain main, so tak la dia bosan sangat.

Malam pertama dok situ, tepat kul 2.30 pagi tetiber jer anak aku terbangun dan terus melalak. Dia nangis sampai biru, mata menghala kat satu tempat. Memang muka dia nampak takut sangat. Bagi susu tak nak, dukung pon taknak, menangis tak berenti. Aku mintak En. Suami on kan radio dan kami padang cd ayat2 qurban. Sebaik pasang jer, angin tiber2 kuat dan hujan turun lebat sangat. Anak aku dalam kul 3 lebih baru dapat tido balik. Tepat kul 4.30 pagi dia sedar dan melalak macam tadi. Kali nie lebih kuat, aku mula rasa tak sedap hati, ajak En. Suami tido kat ruang tamu. Anak aku menangis dan dia tak nak bukak mater. Kami tak tido sampai pagi.

Malam keesokan hari, panggil ustaz. Mula2 ustaz tue bagi salam nak masuk umah, anak aku melalak balik. Ustaz tue terus bacakan yasin dan pagar umah. Lepas tue baru anak aku boleh datang dekat ngan ustaz tue. Aku ingat semua dah settle, lega la sikit. Tapi tepat kul 2.30 pagi, anak aku sekali lagi buat hal, badan dia terus mengeras dan dia melalak lagi kuat. Macam2 ayat Quran aku bacer. Selepa sejam lebih nangis baru berenti. Tepat kul 4.30 pagi, sekali lagi dia nangis. Kami berjaga lagi sampai pagi. Penat jangan citer, aku tertido kat ofis.

Keesokan hari aku meeting sampai malam. Sepanjang aku takder kat umah, En. Suami cakap anak menangis sampai tak kuar suara. Tepat kul 10.40 malam En. Suami datang ambik aku kat stesen LRT bersama member dia, terus p umah ustaz. Kesian En. Suami, muka dia penat sangat. Sampai umah ustaz kat Keramat tue dalam kul 12.00 tgh malam. Dia mintak kami p surau. Kat situ dia solat dan bacakan beberapa ayat. Dia bagitau masa dengar anak aku nangis, bulu roma dia tetiber jer meremang. Ustaz tue cakap ader yang tak kena tang rumah tue. Kul 2.00 pagi baru sampai umah, mungkin penat nangis anak aku tido sampai pagi.

BERSAMBUNG........

Sunday 6 May 2012

Hasil Seni Pertama




Korang mesti pelik kan biler tengok gambar nie. Apa kejadahnyer hasil seni camni... Nie nak citer sikit, si Raid sekarang nie pantang nampak henset, masaalahnyer dia pantang nampak henset aku. Henset En. Suami dia buat derk jer maklumla henset tekan2. Yang aku punyer touch screen (jenis yang murah jer). Pandai betul memilih sekarang.

Dapat jer henset aku, dia pandai switch on sendiri. Sedangkan henset tue nak switch on kena tarik punat tepi. Tapi aku tak tau la macam maner dia buat, boleh plak dia on kan henset tue. Nak dijadikan citer, kat dalam henset aku tue untuk icon kamera aku sengaja sorokkan, sebabnyer dulu biler aku letak icon tue kat paparan depan selalu jer tertekan. Last2 habis bateri camtu jer. Budak bertuah nie, ntah macam maner dia bleh jumpa icon kamera tue sampai dia snap kaki sendiri. Konon hebat la tue.

Biler kuar flash, siap ketawa mengekek, suka hati betul. Dia bleh bawak henset tue tunjuk gambar yang dia snap. Terkejut gak la aku. Dalam ati dok pk, jangan biler dah pandai cakap nanti mintak henset touch screen dah ler. Budak2 sekarang bukan bleh kire. Tadika pon masing2 dah ader henset.

Lepas nie dah tak boleh letak henset merata, nanti dapat kat dia memang susah nak bagi balik. Kalau rebut macam tue dia mengamuk sampai botol susu pon dibalingnyer. Ganas sungguh, sabar jer la. Nak kena pandai pujuk and kalo kena gayanyer siap dia letak kat tangan lagi. Macam2.....

Thursday 3 May 2012

Kuliah Jumaat : Manfaat Menutup Aurat

Ingatan untuk aku jugak untuk dikongsi bersama.

Bagi korang yang masih suka buka aurat di depan umum mungkin korang belum tahu betapa banyak manfaat yang boleh korang dapat dengan menutup aurat. Menutup aurat yang dilakukan dengan baik dan ikhlas dapat melindungi korang daripada pelbagai keburukan sama ada dari aspek sosial atau aspek kesihatan. Tidak ada salahnya untuk mencuba menutup aurat. Menutup aurat yang baik adalah dengan menggunakan pakaian yang tidak memperlihatkan kulit bahagian aurat, tidak memperlihatkan bentuk tubuh yang menarik bagi berlainan jenis, tidak tembus pandang, rekabentuk tidak menarik perhatian orang lain dan yang paling penting adalah selesa digunakan. Untuk lelaki tutuplah bahagian pusat sampai ke lutut. Sedangkan untuk perempuan hanya boleh memperlihatkan wajah dan tapak tangan.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan, fungsi, kebaikan, manfaat yang boleh didapati daripada menutup aurat:

1. Menghindarkan diri dari dosa

Salah satu sebab ramai wanita masuk neraka adalah kerana mereka tidak menutup aurat mereka di mata orang-orang yang bukan mahramnya.

2. Menghindari fitnah, tuduhan atau pandangan negatif

Orang-orang yang gemar membuka auratnya secara terang-terangan selalu dituduh sebagai wanita pelacur,  penggoda, murahan, perampas suami orang dan lain-lain. Untuk itu hindari memakai pakaian yang memperlihatkan bahagian tubuh yang dapat merangsang lawan jenis.

3. Mencegah timbulnya hawa nafsu lawan jenis mahupun sesama jenis

Secara umum laki-laki normal akan terangsang melihat wanita yang memakai pakaian ketat,  seluar pendek atau skirt ketat, wajah dimekap menggoda dan sebagainya. Banyak lelaki yang ingin berbuat jahat kepada perempuan yang seperti itu sama ada secara paksa mahupun tanpa paksaan.

4. Menunjukkan diri sebagai bukan perempuan / lelaki murahan

Menutup aurat melambangkan identiti orang-orang yang baik. Ditambah lagi dengan perilaku yang baik dan sopan maka tidak mungkin ada orang yang mengatakan kita sebagai perempuan murahan atau lelaki murahan.

5. Melindungi tubuh dan kulit pandangan

Dengan pakaian yang menutupi tubuh secara sempurna maka kita tidak akan merasakan kepanasan di saat matahari bersinar terik, tidak merasakan kesejukan di saat suhu sedang dingin. Begitu juga dengan debu dan kotoran akan terhalang mengenai kulit kita sehingga kebersihan tubuh dapat terjaga dengan baik.

6. Mencegah rasa cemburu pasangan hidup kita

Jika suami atau isteri suka tampil seksi maka pasangannya merasa cemburu jika ada orang yang menggoda atau hanya sekadar melihat dengan pandangan penuh nafsu syahwat. Jangan biarkan rasa cemburu muncul dalam kehidupan rumahtangga kita, hal itu merupakan tanda-tanda awal kehancuran sebuah keluarga yang bahagia.

7. Mencegah terkena penyakit dan gangguan kesihatan

Penyakit-penyakit yang muncul jika kita membuka aurat di ruang terbuka adalah seperti kanser kulit, kulit terbakar, kulit menjadi hitam dan sebagainya. Cegah penyakit dan gangguan kesihatan tersebut dengan memakai pakaian yang tertutup yang dapat melindungi tubuh dari faktor-faktor penyebab penyakit tersebut.

8. Memberikan sesuatu yang istimewa bagi suami atau isteri kita

Bukalah pada saat di depan suami atau isteri kita saja. Orang yang demikian biasanya akan sangat dihargai dan disayangi oleh pasangan hidupnya. Di depan orang lain yang bukan mahram, aurat selalu terjaga dengan baik.

9. Melindungi diri kita dari pelbagai kejahatan

Biasanya wanita yang auratnya sering menjadi mangsa perkosaan mahupun tindakan jenayah lainnya. Bandingkan dengan wanita bertutup yang tampil tidak menarik di mata penjahat kerana penampilannya yang  membuat pelaku kejahatan tidak berniat jahat terhadapnya.

10. Menutup aib rahsia yang ada pada diri kita

Jika ada cacat pada tubuh mahupun kulit boleh tutup dengan menggunakan pakaian yang tertutup sehingga tidak ada seorang pun yang tahu kecacatan yang terjadi pada diri kita.

Wednesday 2 May 2012

Johor Premium Outlet??? Yes or No??

Minggu lepas aku outstation ke Bandar Penawar, Johor sempat la singgah Johor Premium Outlet (JPO) yang orang dok sebut2. Dari Bandar Penawar ke JPO lebih kurang satu jam gak la. Aku excited nak p sana, dengar2nye harga barang2 branded murah, barang plak terus dari gudang. Dalam ati berkire2, mesti melayang RM400-RM500.00 nie.

Sesampai jer kat sana, aku cukup kagum. Apa taknyer dari segi decoration tempat nie cukup gah. Tue baru tengok dari luar, tak tengok kat dalam lagi. Dari pintu masuk melintasi food court yang aku agak cukup besar gak la. Tapi aku p JPO bukan untuk melantak, tapi nak shopping. First nampak Coach department, apa lagi laju jer aku terjah. Tapi biler survey harga, aku tertanyer2 gak la apa yang murahnyer? Tapi aku memang realize, barangan brand Coach memang agak expensive la.
Nie la ruper depan JPO. As a a Malaysian, i'm quite proud
Normally ramai Singaporean yang akan spend their money kat sini. Yer la bagi dorang murah la kalau nak compare nilai Singapore Dollar to RM

Fikir2 balik, aku rasa aku kena survey brand lain dulu. Nak kata aku giler shopping tak la gak, tapi normally aku tau la sikit2 kualiti barang branded nie sama ader harga yang dioffer murah ker tak. Aku masuk lak Vincci dept. Berlambak2 kasut n handbag, naik berpinau bijik mater. Cakap jer nak jenis macam maner, sumer ader. Tapi biler dah longgok macam tue aku terfikir balik, nie new arrival ker atau yang kena reject?? Harga compare tempat lain lebih kurang samer jer.

Then aku masuk plak Perfume Factory. Apalagi aku cari la perfume fav aku, Elizabeth Arden. Tapi takder la plak, perfume Polo fav En. Suami pon takder. Naik pelik gak aku, yang ader Aramis,Clinique, CK and brand2 yang aku tak familiar. Tang harga aku tak berani cakap, sebab banyak brand yang aku tak pernah dengar. So kat situ aku mula terasa ada sikit2 dissappointed.

Lastly, aku masuk kedai aksesori wanita (lupa plak apa nama kedainyer). Unique decoration and kedainyer memang cantik. Kat sini bermacam2 jenis aksesori wanita dijual daripada klip rambut sehinggalah ke rambut palsu. Kat situ jugak ader tv yang demonstrate on how using all these accesories and the models quite beautiful. Tapi biler tengok tang harga...OMG... betul ke ni? Aku tau la barang kat situ branded tapi takkan la sepit rambut yang kocik tue pon harganya sampai RM80.00. Kat pasar malam baru RM5-10. Orang tau ker ko pakai sepit harga mahal camtu.
View yang cantik
Kawasan shopping yang luas dan selesa

Kesimpulannya, aku tak beli apa pon. For me not worth it. So duit selamat, bajet pon tak lari.
JPO for shopping, my answer is NOPE, untuk cuci mata ok YES...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...