Coolllzz!!

Wednesday 31 October 2012

Selebriti Hollywood yang Mempunyai Keluarga Besar

Aku ingatkan biler bergelar artis, tambah2 dah jadik terkenal mesti tak nak anak ramai2. Yer la biler dah keluarga besar, nak spend masa bukan senang. Tapi tak sangka lak aku ada gak artis Hollywood yang sukakan ramai anak. Jom terjah.....


Anak-anak penting untuk Heidi Klum dan Seal. Ia bermula  apabila dia melahirkan Leni, kini 8 tahun. Tidak lama selepas kelahiran gadis kecil 2004, mereka menambah lagi bilangan ahli keluarga iaitu, Henry, hampir 7, Johan, 5, dan Lou, 2. Walaupun pasangan itu mengejutkan dunia apabila mereka berpisah pada Januari 2012 selepas hampir tujuh tahun perkahwinan, mereka begitu dedicated membesarkan anak-anak mereka walaupun berasingan.
Mark Wahlberg merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik yang membesar di Boston, menginginkan sembilan anak-anak sendiri. Isterinya, bekas model Rhea Durham begitu bangga dengan empat cahaya mata mereka Ella, 9, Michael, 6, Brendan, hampir 4, dan Grace, 2.
Ingat lagi tak band adik beradik yang famous dengan lagu MMMBop? Sukar untuk percaya, tetapi Taylor Hanson - salah seorang daripada band Hanson - tidak lama lagi bakal menerima cahaya mata ke 5. Taylor 29 dan Natalie isterinya, 28, yang berkahwin pada umur 19 dan 18 adalah parents kepada 9 tahun Jordan, 7 tahun Penelope, 6 tahun River, dan Viggo 3 tahun. Mereka  mengumumkan awal tahun ini bakal menerima bayi ke 5.

Bercakap tentang kehidupan sebenar sebelum Kris Jenner berkahwin Bruce Jenner pada tahun 1991, dia sudah mempunyai empat orang anak dengan peguam Robert Kardashian (Kourtney, 33, Kim, 31, Khloe, 28, dan Rob, 25) dan dia mempunyai empat daripada dua perkahwinan sebelumnya (Burt, 34, dan Casey, 32; Brandon, 31, dan Brody, 29). Seolah-olah masih belum mencukupi, pasangan itu kemudiannya mempunyai dua lagi mereka sendiri, anak-anak perempuan, Kendall, 16, dan Kylie, 15. Ya, itu bermakna mereka mempunyai 10 anak. Kardashian-Jenner, yang semua bintang di rancangan realiti keluarga, "Keeping Up With the Kardashians" melantik ibu sebagai pengurus mereka. Apa yang mengejutkan program itu memperolehi $ 65.000.000 pada tahun 2010 sahaja. Kris memberitahu The Hollywood Reporter. "Saya sepatutnya mempunyai lebih ramai anak"
Selepas berkahwin pada tahun 1993, Eddie Murphy dan isterinya Nicole Mitchell tidak membazirkan masa mengembangkan keluarga mereka. Mereka telah mempunyai anak perempuan Bria, kini 21, dan Myles, kini 20, dan pasangan itu tidak lama lagi mengalu-alukan tiga lagi anak - Shayne pada tahun 1994, Zola pada tahun 1999, dan Bella pada tahun 2002. Menariknya, tahun 80-an adalah masa yang sibuk untuk Murphy secara peribadi dan profesional kerana beliau telah menjadi bapa kepada dua anak lelaki lain dengan dua wanita lain - bernama Eric, dilahirkan hanya beberapa bulan sebelum Bria, dan satu lagi Kristian dilahirkan daripada seorang wanita yang berbeza pada tahun berikutnya. Mitchell dan Murphy berpisah pada tahun 2005 dan menjelang tahun 2007 Murphy sudah menjadi bapa kepada anak ke 8 beliau, seorang anak perempuan bernama Angel dengan anggota Spice Girls, Melanie "Mel B" Brown.

Walaupun berkahwin dengan Jennifer Aniston, Brad Pitt secara terbuka bercakap mengenai impiannya menjadi seorang bapa, pada awal tahun 2005 ia menjadi realiti. Brad & Angie kini  mempunyai enam anak. Angie sebelum ini mempunyai anak angkat, Maddox, 11 tahun. Tidak lama selepas itu pada bulan Julai 2005, Angie mengambil seorang lagi anak angkat Zahara, kini 7 tahun. Kurang daripada setahun kemudian, Angie dan Pitt menyambut anak pertama mereka Silo, kini 6. Pasangan itu mengambil seorang lagi anak angkat tiga tahun kemudian Pax, kini 8, pada Mac 2007, dan kemudian pada bulan Julai 2008, mereka mengalu-alukan dua lagi anak kembar Knox dan Vivienne. Angie dan Pitt berharap mereka dianugerahkan lagi dengan anak yang ramai pada masa akan datang.




Tuesday 30 October 2012

All About AsiaCube

Actually, aku baru join social network ni. Tak banyak sangat yang aku tau. Tapi yang best tentang AsiaCube nie, kalo korang blogger macam aku korang boleh upkan traffic sesuai ngan blogger baru cam aku nie. Melalui traffic exchange, korang boleh blog walking mana2 blog yang korang suker dan blogger tue datangnya dari pelbagai negara. Ni secara tak langsung menambahkan kenalan internet.

Di samping korang dok blogwalking, korang gak boleh kumpul coins and  earnings. Yang paling bestnyer, AsiaCube jugak ader offer korang daily bonus points. Bak kata orang, menyelam sambil minum air. Nak register dalam social network ni pon senang jer jadik takder la take much time nak jawab soalan tu soalan ni. Tapi korang jangan salah sangka pulak, laman nie bukan laman jual beli dan dia tak jual any likes / subscribes / followers / views / hits. Antara syarat2nyer yang ditetapkan oleh AsiaCube ialah:

 i) Kami tidak menjual followers, likes, friends, views or website hits
 ii) Kami mematuhi Peraturan dan Dasar Facebook dan Twitter
 iii) Kami takkan hantar tweet atau status update dari mana-mana akaun anda.
 iv) Kami takkan meminta kata laluan anda kepada mana-mana akaun rangkaian sosial anda.

Bagi korang yang dah mendaftar ngan social network nie, korang perlu patuh kepada beberapa syarat:

i) Pengguna tidak boleh hantar mana-mana blog, laman peminat, akaun sosial dan banner yang mengandungi pautan pertukaran sosial lain
ii) Semua post yang berkaitan dengan kasino, perjudian dan adult side akan diharamkan
iii) Mana-mana pos yang melanggar Peraturan 1 dan Peraturan 2 akan di 'remove' serta merta
iv) Mana-mana pengguna yang melanggar Peraturan 3 untuk tiga kali akan diharamkan dari AsiaCube.

Kalau korang nak tau lebih lanjut tang AsiaCube, korang leh la klik SINI. Kat situ korang boleh dapat banyak lagi info yang korang perlukan. Korang bebas nak pilih mana yang korang nak like, follow, subscribe dan view.

Berita baik bagi yang telah mendaftar dengan AsiaCube, sekarang ni Asia Cube nak bagi rewards pada korang semua dan ianya terbuka pada semua bloggers asalkan korang mendaftar. Tunggu apalagi, daftarla sekarang. Ada 3 langkah mudah yang perlu korang completekan, dan setiap setiap task tue korang akan mendapat coins yang berganda2. Mudah sangat, memang tak rugi dan berbaloi-baloi. Nak join korang klik di LINK nie.   

Korang jangan nak tunggu lagi, aku dah taip panjang lebar dah beriyer perah idea korang follow jer step aku. Bukan susah maner pon. Jom, jom, jom.....

Monday 29 October 2012

5S???? Ohhh Noooo!!!!!!!!!!!!!!!!

Aiyaaaa..... ini lagi satu yang aku tak suker, Wabak 5S. Nampak gayanyer semua hiasan yang melekat dan bergayut kat work station kena buang. Aku dah la tak suker bab2 nie, dorang bleh plak suker hati mak bapak dorang lantik aku jadik pegawai latihan. Aku rasa memang silap besar nie. Camner nak buat 5S, meja aku pon berterabur.

Tapi disebabkan arahan puan pengarah, ikut jer la. Maklumla keje makan gaji, kena ikut perintah. Mula ngan meja pegawai and merebak ke meja staf. Tapi sebelum tue aku kena la terangkan apa tue 5S kat depa memandangkan aku jer satu2nyer umat kat department yang ader sijil tue, kire cam konsultant la. Tapi sijil tue takat sijil jer la, aku tak practice pon. Lepas 2 minggu mengeringkan ayaq liuq, sekarang nie tugas jawatankuasa pelaksana plak punyer part.

Dorang lak punyer la busuk ati, p serang meja aku dulu. Sakitnyer aku rasa. Dahla nak kena tahan telinga membebel macam mak nenek, kononnyer aku nie pandai cakap jer la, buatnyer idok. Habis saper suruh memandai lantik aku. Serangan bertubi-tubi ke atas meja, bawah meja, n setiap penjuru work station, maka inilah hasilnyer:
Letak benda yang penting je
Kat bawah kaki kena ader satu kotak sahaja. Hak nie korang nak campak aper pon takper, tapi kena ada tag personal. Kalau dah x tau nak sumbat aper, sumbat la diri sendiri kat dalam nie, untung2 bos tak cari hahahha

Sepasang kasut dan sepasang selipar jamban, tue jer yang dibenarkan. Semua kena seragam, tak leh main parking jer kasut2 tue. Kasut2 yang lain, angkut bawak balik

Kat atas meja hanya ader fail yang sentiasa guner sahaja. Yang tak guna simpan dalam bilik fail, yang jarang guner campak la mana2







Tuesday 16 October 2012

Mini Giveaway #8 : Siapa nak PERFUME ESCADA, komen entry ni sebelum pukul 12 tengah malam (17/10/2012)





Dah lamer sesangat tak join mana2 GA.Memandangkan aku selalu jer terjah blog Intan Berlian nie, so alang2 dia dah buat mini GA nie, aku join la.










Nak join klik banner kat atas nie...

Monday 8 October 2012

Beranginn jerrr laaa..........

Heiiii, dah lama aku tak berapi macam nie. Kejadian semalam tapi tahap berapinyer sampai ke hari ni. Aku memang bengang la. Biler ingat2 balik nak jer aku tendang bontot tue, biar ader raser hormat sikit pada yang senior.

Aku urus setia tetap untuk satu meeting nie yang turut melibatkan salah seorang ahli pengurusan merangkap YB. Kalau diikutkan dia adalah orang luar yang dilantik oleh menteri di dalam mesyuarat tertinggi agensi kami. Secara tak langsung dia jugak merupakan pengerusi meeting yang aku dok handle nie.

Sepanjang jadi urus setia meeting nie, tak sampai 5 kali la dia punctual, ader jer alasan biler lewat. Jumpa menteri tue, jumpa menteri nie. Maklumla YB katakan. Semalam semasa sesi precouncil, dalam ati aku dah agak dia memang lambat lagi la. Tak sampai 5 minit driver dia sms kat aku, mention that YB lambat. Precouncil sepatut 2.30 pm, so dia mintak tangguh samapai kul 4.30pm. Ok fine la. Tunggu punyer tunggu kat bilik meeting kul 5.25 pm baru nampak mukernyer.

Aku kalau ikutkan nak blah jer cam tue, tapi pengarah aku mintak tunggu. Time discussion tentang perkara berbangkit, dia mula bengang biler ader jawatankuasa yang tidak setuju cadangan dia. Yang aku hanginnyer, dia membebel macam mak nenek, seolah2 dia tau semua, seolah2 kitorang tak buat kerja. Pengarah aku tunduk, malas nak layan. Pastu dia bangun blah jer macam tue. Takder la rasa hormat kat pengarah2 yang senior nie. Nak ikut kepala angin dia jer. Aku lagi la berapi, dari pengumpulan maklum balas, penyediaan folder sehingga ke upload data untuk laman mesyuarat aku yang buat sensorang. Dah la terlangak menunggu, boleh blah macam tue.

Dia ingat dia YB, semua kena ikut cakap dia. Kalau macam nie la perangai contoh bakal pemimpin akan datang, macam maner orang nak hormat? No wonder la sekarang anak2 muder ramai yang berpaling arah pada pembangkang. Tue baru satu contoh aku nak citer, lom lagi yang kes berat2.

Moral of the story 'Respect others so that others can respect u back'.

Tuesday 2 October 2012

Telur Goyang???

Aku cukup tak gemar makan telur jenis nie. Macam mentah pon ader gak, tapi En. Suami pantang nampak. Telur goyang tue istilah yang aku gunakan untuk telur separuh masak. Apa taknyer, telur kuning tak masak sepenuhnyer, bergoyang-goyang. Itu yang aku panggil telur goyang.

Ingat lagi masa sekolah2 dulu, pagi2 mesti umi aku akan sediakan telur separuh masak dua bijik untuk breakfast kitorang sebelum p sekolah. Hanyir bukan main, walaupun dah diletak kicap. Nak ambik hati umi punyer pasal, aku makan la sikit tapi telur putih dia jer. Yang lebihnyer kasi kat adik aku. Yang aku heran adik2 aku laju jer makannyer, aku plak yang kembang tekak.



Nak dijadikan cerita, satu hari tue umah kami blackout. Ayah time tue buat kerja sampingan jual sayur, ikan dari blok ke blok dengan van. Maklumla aku anak felda, kitorang pon bukan asal dari famili yang kaya. Tambah2 jarak umur aku dan adik beradik beza setahun jer kecuali yang bongsu tu. Nak tampung family, ayah kena buat part time job. Pagi2 lagi selepas subuh ayah dah kena bersiap p pasar borong beli sayur dsb. Umi macam biasa la, sarapan pagi untuk ayah mesti 2 bijik telur goyang bersama madu. Ari tue ntah naper terlewat kejutkan ayah. Dalam dok kelam kabut tambah ngan blackout lagi, masa nak breakfast ayah tak tengok betul2 botol yang dia ambik.

Dia ingatkan botol madu, rupanyer botol cuka. Korang bayangkan la makan telur goyang ngan cuker, tersembur dibuatnyer. Berdekah2 kitorang ketawa. Aku tak leh lupa muka cemberut ayah yang tak tahan masam, memang lawak sungguh. Bila masing2 dah kerja, adik2 pon jarang dapat jumpa kenangan2 macam nie boleh buat aku senyum sorang2. Bestnyer zaman budak2 dulu, cepatnyer masa berlalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...