Coolllzz!!

Wednesday 26 December 2012

Health Day : Awas Makanan Berminyak

Selalunya jika anda memakan makanan yang bergoreng, anda akan lebih cenderung merasai sakit perut dan berasa tidak sedap badan.

Senarai masalah yang dihidapi pemakan tegar makanan bergoreng dan berminyak adalah seperti yang di bawah:



Heartburn
Sakit ulu hati seperti berasa terbakar seringkali terjadi sewaktu anda berada di dalam posisi baring ataupun membongkok. Masalah ini disebabkan oleh pergerakan asam lambung ke dalam esofagus (saluran makanan yang mengalirkan makanan dari mulut ke perut). Untuk mengurangkan rasa tersebut, hindari makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.

Gastroenteritis
Peradangan pada lapisan lambung akibat terlalu banyak memakan makanan berminyak dapat membawa kepada sakit gastroenteritis. Ianya disebabkan perut anda berisi dengan gas dan makanan yang dihadamkan mempunyai masalah kerana minyak yang terlampau banyak di dalam perut. Anda akan cenderung berasa lebih kenyang disebabkan gas yang terkumpul di dalam perut.



Ulser
Ulcer merupakan luka yang terjadi di sekitar bahagian dalam mulut atau usus yang menyebabkan rasa sakit pada sistem pencernaan. Penyakit ini disebabkan kuman yang dipanggil Pilori.

Gangguan pencernaan
Rasa tidak selesa di perut merupakan gejala dari adanya gangguan pencernaan. Walaupun gangguan perut ini bukan masalah kesihatan yang sangat serius, tetapi masalah inilah yang seringkali terjadi kepada pesakit. Gangguan pencernaan terjadi kerana makanan berlemak yang sangat sukar dihadam dan berat pada perut. Jika anda mengunyah makanan dengan baik, maka makanan akan lebih mudah dicerna, lantas mengurangkan masalah perut tidak selesa.

My Idol : Pemimpin Kebanggaan


Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetahuinya.
 
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
 
 

Tuesday 25 December 2012

New Toy untuk Raid

Semenjak dua menjak nie aku agak pening jugak la. Apa taknyer si Raid nie suker betul main tupperware, pastue disepahnyer merata. Penat aku susun pastu berselerak balik. Asal aku masuk dapur jer, dia pon sibuk menghala ke rak pinggan mangkuk, tempat aku susun tupperware. Kengkadang tupperware tue dia bawak tido.

Minggu lepas p la cari mainan untuk dia. Termasuk yang nie dah 5 bijik keta kitorang belikan. Macam2 toys dah kat umah tue tapi nampak macam dia tak minat. Lebih suker usung tupperware ke sana ke mari. En Husband decide belikan keta yang kaler terang untuk tarik attraction dia. Tak sangka plak dia betul2 suker kat keta tue. Tapi problem lain plak yang timbul, biler keta tue dibawak tido. Dah la sikit punyer besar, adoyaiii macam2.

Happy bersama keta baru

Membelek tak habis2

Jangan ader yang berani sentuh keta Raid, tak pasal2 mulut dia bising marah kiter balik

Ayam Penyek Seri Kembangan

Aku memang peminat hardcore ayam penyek, bukan takat ayam jer tapi kalo ader lembu penyek pun aku suka. Salah satu tempat yang sering aku p ialah Restoran Ayam Penyek Seri Kembangan. Dulu masa mengandungkan Raid, tempat nie memang fav aku la. Walau pon  tempat nie tak sehebat Wong Solo, tapi bagi aku ayam penyek kat sini pon boleh tahan sedapnyer.

Paling best tang cili tue, pergh meletoppp! Dihidangkan plak ngan pucuk ubi rebus. Memang makan tak hingat donia la. Yang aku suker tempat nie ialah environment kedai, walaupon tak sehebat n tak segah Wong Solo, tapi tempatnyer bersih betul. Tempat basuh tangan n toilet pon boleh puji la.

Si Kecik yang dah 1 tahun 5 bulan. Can't wait nak makan

Nie bakso untuk si kecik. Maklumla langsung tak boleh pedas. Look at the size of the fish balls. Marvellous!! Paling best letak banyak veggie (vegetables). Harga semangkuk RM5 jer and the taste is too yummy!!!

Me yang dah bambam ngan si Raid. Susah tul nak capture gambar dia. Tak leh dok diam

Si Raid nie mmg senang, makan apa je. Yang paling best dia suker sangat makan lots of veggie esp carrot, kubis, taugeh n mentimun.

This what we call heaven hahaha. Nasik yang banyak, ayam yang empuk, pucuk ubi yang irresistable and cili yang tak ingat donia.. Harganyer RM6 jer sepinggan

Close pic. Balik umah ngan perot yang membuntal. Memang susah nak diet sejak kawin nie, En Husband mmg kuat n suker makan.

Citer Lawak


Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan.

Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "korang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
... Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"korang nampak Bandar tu?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power".

Sambil mengosok gosok idongnya pontianak tu pun berkata, "korang nampak tembok batu tu?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak". Terlanggar sudah, tu berdarah2. Ekekkekekkekekeke...
 
 

Thursday 20 December 2012

Kuliah Jumaat : Anak


Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:

“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
...
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak ISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
 
 

Wednesday 19 December 2012

Miss Universe 2012 - Malaysia

Tak sabarnyer aku nak tunggu result saper yang akan dinobatkan sebagai Miss Universe 2012 yang diadakan di Las Vegas pada 20/12/2012. Malaysia turut bertanding and diwakili oleh Kimberly Leggett. Kim berumur 19 tahun dan berasal dari Penang masih belajar di Taylor's University. Meminati sports, travel, nutrition n fitness. All the best Kim!








Tuesday 11 December 2012

Health Day : Telur untuk Rambut Sihat



Menurut Vasant Lad, seorang pengarang buku "The Complete Book of Ayurvedic Home Remedies", kandungan protein yang tinggi dalam kuning telur mampu mengatasi masalah keguguran rambut di samping membantu rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat.

Selain protein, telur juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, E dan D. Vitamin A berfungsi meningkatkan penghasilan sebum serta membantu mengurangkan kelemumur dan penebalan kulit kepala. Vitamin D pula berupaya merangsang pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut bercabang manakala vitamin E membaikkan penyerapan oksigen di dalam rambut. Peredaran darah di sekitar kulit kepala dibantu oleh vitamin B yang turut terkandung.

Asid lemak yang terdapat dalam telur juga berfungsi mengekalkan kelembutan rambut di samping boleh mengurangkan masalah kelemumur, kulit kepala mengelupas dan psoriasis.

Cara-Cara:

Campurkan tiga kuning telur di dalam mangkuk kecil dan pukulnya selama 60 saat. Campuran tersebut kemudiannya disapu dan diurut di kulit kepala selama dua hingga tiga minit. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan setelah itu barulah anda boleh mencuci rambut dengan syampu yang sesuai.

Kandungan protein yang tinggi juga merupakan sebab mengapa telur adalah salah sebuah pelembap yang terbaik untuk mencegah rambut kering. Dengan teknik yang sama juga, campuran tiga biji telur yang dipukul itu boleh disapu di seluruh rambut sebelum dibiarkan.

Rawatan ini boleh dibuat berulang kali dalam sehari asalkan ianya tidak mengakibatkan iritasi kulit kepala. Sekiranya anda konsisten, kesan perubahan yang lebih baik pasti boleh dilihat dalam kurang dari sebulan.

Sunday 9 December 2012

Sekitar Majlis Persandingan Adik Ipar, Nadlia + Akikah My Boy

Ari Jumaat lepas bertolak ke Kedah sempena majlis persandingan adik ipar aku pada yang diadakan hari Sabtu. So alang2 nak buat majlis tue, aku n en husband dah sepakat nak buat akikah untuk anak teruna. Dah besar panjang baru nak buat akikah, nak buat camner mak bapak selalu sibuk. So untuk anak teruna aku, kitorang dah pakat tempah kambing.

Tak banyak sangat gambar yang sempat snap sebab sibuk dok kawal anak aku yang memang lasak.

Nie la Alia


Alia + Hasrul


Sebahagian hantaran yang tengah digubah


Antara daging yang selamat masuk perut


Anak teruna yang langsung tak leh dok diam

Tuesday 4 December 2012

Health Day : Anti Cancer Superfruits


Grapes

 

Blueberries
 


Avocado

Pomegranate
Citrus

Kiwi
 
Acai Berries

Dragon fruit
 

Noni


Apple



 
Strawberries



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...