Coolllzz!!

Monday 4 March 2013

Berkampung di Hyatt Regency Kuantan Resort

Alooooooossss.................. hi hi hi, lamer tul aku tak ngupdate blog nie. Minggu lepas yang sebok + penat + celaru + kelam kabut + bla bla bla. Sempena Persidangan Pendidikan MARA 2013, aku telah dilantik sebagai salah seorang Urus Setia untuk VIP and Protokol. Macam haper jer ader ker patut. Yorla aku yang langsung tak derk pengalaman handle protokol, dibaginyer tugasan macam nie. Kelam kabut dibuatnyer.

Persidangan kali ini diadakan di Hyatt Regency Kuantan Resort. Awal pagi isnin minggu lepas aku dah menuju ke sana menggunakan kereta bahagian. Sesampai jer kat sana, ingat boleh rest dulu alih2 biliknyer tak siap, terpaksa tunggu untuk check in. Pihak hotel aku tengok tak cukup tangan n kaki ke sana sini. Persidangan kali ini melibatkan semua pengetua + timbalan MRSM, IKM, KKTM, CEO GIATMARA, Pengarah bahagian dan yang sewaktu dengannyer (panjang sangat nak sebut, tak larat aku). Jumlah peserta adalah lebih kurang 400++.

Sebagai Urus Setia VIP aku dipertanggungjawabkan untuk mengiringi ahli pengurusan MARA and memastikan pentas, seating, skrip MC, salutasi dll berjalan lancar. First day aku tido kul 12.30 malam dan paling lewat kul 1.30 pagi. Mengantuk n penat jangan citer la. Walaupon Hyatt Regency nie bertaraf 5 bintang, tapi kelengkapannyer bagi aku takat 2 bintang jer. So aku kena standby n guna jer la segala kemudahan yang ader.


Dari pintu masuk bilik aku, memang selesa biliknyer

Keadaan dalam bilik

Tempat aku release tension selama seminggu kat sana, puas berendam

Aku di tempatkan kat bilik bawah, boleh dengar bunyi ombak coz bilik tue mengadap laut

7.00 pagi dah lepak depan bilik, ambik angin



Kejutan untuk para peserta, pihak urus setia buat surprise denagn menjemput Azli n Abun untuk acara santai BBQ Dinner


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...