Coolllzz!!

Sunday 31 March 2013

Kerja, kerja dannnnn kerjaaaa...........

Too tired sungguh minggu nie. Rasanyer nak update blog pon tak sempat. Sekarang nie baru settle kerja office setakat hari nie. Lom masuk lagi kerja yang nak dibawak balik ke umah. Cam bebudak sekolah jer ader homework. Dulu masa aku kecik2, orang tua2 selalu cakap, kerja gomen la senang dok ngadap komputer jer, cukup masa balik umah. Kalau la aku jumpa lagi ngan makcik2 yang cakap camtue, nak jer aku bagitau kerja mana2 agensi pon tak kire la gomen ker, semi gomen ker, swasta ker memang penat.
 
Nak2 dok bahagian pemantauan cam aku nie. Selalu outstation dah satu hal, kerja lain lom kire lagi. Kalo p outstation jer kerjanyer takper la gak. Ni balik jer outstation, atas meja dah melambak bala atas meja. Mana nak siapkan report lagi paperwork lagi. Tue lom masuk arahan bos dari semasa ker semasa, lom masuk lagi kerja kecik2 yang kena buat. Adoyai, memang tak terbuat. Kat tempat aku nie dah la pegawai ader dalam 8 org jer, pastu kami terpaksa memantau 517 pusat MARA. Korang bayangkan la betapa sengsaranyer.
 
Pernah aku mengadu kat bos biler dah terlampau penat. Dia cakap "Kerja kerana Allah, Hanani, biar pon orang tak nampak kerja kiter, tapi yang kat atas tue tahu". So sekarang aku ikut nasihat dia, buat mana yang termampu. Mana yang terlebih penting, dahulukan terutama arahan daripada Pihak Pengurusan Tertinggi. Yang kurang penting, kemudiankan tapi tak boleh tak buat langsung.
 
Lusa dah nak kena outstation balik. sah2 masuk ofis minggu depan fail menimbun atas meja. What can I do, redha n terima jer la....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...