Coolllzz!!

Thursday 9 May 2013

Ragam Si Anak

Uit dah bersawang blog nie. Cukup terseksa dengan bebanan tugasan sampai tak menyempat betul nak hapdate blog. Minggu lepas sempena program 'Family Day' office En. Suami kat KKLUB Bhd di Taman Melawati, sempat la aku rakam gambar budak kecik nie yang terover exsaited main air. Tema for this year ialah merah, maka ramai la semut merah yang menghurungi kolam mandi kat situ.

Turun umah kat puchong dalam kol 9.00 pagi gara2 budak kecik nie meragam. Patutnyer kol 8.30 dah mula aktiviti tapi nak buat caner. Dah la lambat, kami sempat sesat plak, huish bala tul. Berpusing2 carik tempat tue, sampai sempat la nengok rumah jutawan area sana. Mak ai rumah memasing tersangat la besar, kaya tul la.

Dalam kol 11.00 pagi baru sampai ngan muker selamber. Biler member En Husband tanyer apsal lambat, cakap jer budak kecik buat hal. Malu nak cakap sesat hahahhah. Raid biler dah nampak air muler gelabah, tak menyempat nak terkam. Memang dia terlalu sukakan air. En. Suami bawak dia p berendam kat kolam yang dikhaskan untuk kekanak.


Macam dah expert berenang


Dari dok tepi, terus terkam masuk dalam kolam

Ingatkan dah puas main air, rupernyer sambung balik main

Exsaited nampak air pancut, yer la anak kat umah kiter takder benda ni iskh iskh





Menjerit aku biler tengok dia nak terjun dari atas. Kalau rendah tak per la jugak


 
Program abis dalam kol 3.00 lebih. Masuk jer kete terus tido tak ingat donia. Penat sangat main air.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...