Coolllzz!!

Wednesday 22 October 2014

Moh Ke Pangkor Kiter....

Citer ni sebulan yang lepas, tapi disebabkan tak berkesempatan aku update jer la walau dah lepas. Kalau tanyer aku secara keseluruhan, memang best. Namenyer pergi bercuti, memang la best boleh release semua tension.Tapi yang tak berape best sebab aku bawak bb kecik, so tak leh la nak berendam. Asyik dokong budak tue je la.

Kat Pangkor, aku menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Dari segi bilik n makan memang puas hati la walau agak mahal sikit. Tapi kalau nak save cost, korang boleh pilih resort lain yang melambak kat cni. So ni jer la gambar2 yang aku boleh share

Kat Marina Jetty. Prepare nak naik feri. Adik bongsu aku ikot samer

Raid excited nk tengok ship katernyer

Pool yang disediakan di resort tapi budak berlagak ni tak nak swim kat area kanak2. Nak swim kat tempat dewasa dengan kedalaman 5 kaki

Dah ready nak swim kat laut

Aku hanye mampu tengok dari kejauhan hahaha

Raid n his papa

Time ni panas. Memang sepet la mater yang sedia sepet huhu

Rizq, 6 Month Already

Hai, pejam celik, pejam celik si kecik ni dah 6 bulan. Nasib baik pejam celik, pejam celik. Kalo pejam tak celik2, tak ke haru jadinyer hahaha. Macam sat sangat, dah besar dah dak tecit nie. Sekarang ni gigih sungguhla merangkak. Pantang lepa, tengok2 dah ke depan merangkak.

Tapi yang tak tahan tu, tangan pon ligat samer la. Mengutip saner cni bawak masok ke mulut. Aku memang kene sentiasa awasi dia. Yerla, kang dikulum taik cicak tak ker naye. Mintak2 jangan la. Sejak dia dah laju merangkak nie, begitu la lajunyer aku sapu umah ari2. Supaya takder benda2 organik yang terdampar kat lantai yang boleh bawak kemungkinan untuk dikulum huhuhu.

Mater tu yang tak tahan. klu nak something, buat mater camtu aku memang kalah

Memang pandai posing
Jeling2 manja gitu

Progress Rumah : Part 4

Assalam n very gud morning to all. Lama sungguh la tak update blog. Ntah la memang lately aku langsung tak sempat nak jenguk blog pon. Nak kater sebok sangat tue, tak der la. Tapi paperwork tetap gak melambak atas meja. Yerla, dah namer pon kerja. Klu nak goyang kaki baik dok umah, tui dakk? Dok umah pon lom tentu sempat goyang kaki, nak layan anak2 lagi.


Ni ha, sebelum aku melalut lebih jauh better aku concentrate pada tajuk entri. Sebenarnye tiap2 bulan aku p jenguk progress umah. Tapi memandangkan perubahan tue tak ketara sangat takder la aku update. Oleh kerana berbulan2 dah tak update, so kali nie aku tempek la sikit gambar progress umah tue. Lawatan tapak dijalankan semalam ye, sempena cuti Deepavali hahaha.


Setakat ni dalam 60-70% progressnye n kerja2 mencantikkan dalaman umah sedang giat dijalankan.


Ni gambar secara keseluruhan projek


Terpaksa interprem umah aku. See, kerja2 rangka kasar dah siap


Sekarang kan musim ujan, memang keadaan sedikit lecak. Tapi jangan risau sebab area rumah tue memang clear daripada banjir. Alhamdulillah


Nak tunjuk kat korang, ni la keluasan ruang tamu. Terpk plak biler dah masok perabot bagai, aiyakk sempitnyer


Ni area belakang rumah, ader la lebihan dalam 3, 4 kaki lagi


Ni part dalam.
Pada pandangan aku la, memandangkan rumah ni berbumbung tinggi melangit n kalo tengok dari luar memang orang akan ingat teres 2 tingkat, berbaloi klu nak renovate jadikan 2 tingkat. Tapi itu hanya pendapat aku la. Sekarang ni aku sendiri pon tengah gigih kumpulkan duit untuk persediaan renovation. Cumernyer terpk sama ader nak tarik ketepi atau jadikan 2 tingkat memandangkan aku beli corner lot. Tapi tue semua perlukan duit beb. Tengok la caner nanti. 

ini jer review untuk kali ni. Nanti aku update lagi k
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...